Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Mira menghitung hari

    Dijangka melahirkan cahaya mata sulung, awal Mei ini, Mira Filzah sebolehnya mahu melalui sendiri pengalaman bersalin secara normal.

    Namun, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini akur andai keadaan menuntut dia dibedah.

    “Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.

    “Jika diikutkan, saya akan lengkap trimester ketiga kehamilan pada pertengahan bulan depan. Namun, ikut jangkaan, saya akan bersalin pada awal Mei.

    “Jadi, apa-apa pun, saya kena bersedia termasuk dalam aspek persiapan mental dan fizikal sepanjang fasa akhir kehamilan dan melahirkan anak.

    Mira berkata, berikutan kekangan masa, persiapan untuk si kecil kebanyakannya dibeli dalam talian. – Agensi

    “Saya banyak bertanya dengan teman-teman yang ada pengalaman. Diharapkan segala-galanya dipermudahkan,” katanya yang kini sarat lapan bulan. Pelakon yang popular melalui drama Bidadari Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams ini mengaku masih terikat dengan komitmen seni dan promosi beberapa jenama produk.

    “Sejak Februari lalu, saya masih aktif dan sibuk menjalani penggambaran beberapa jenama termasuk kempen Aidilfitri.

    “Komitmen terakhir saya untuk menjalani fotografi kempen raya adalah pada 5 April depan. Insya Allah, memasuki minggu kedua bulan itu, saya sudah ada banyak waktu lapang,” katanya kepada media.

    Isteri kepada Wan Emir Astar ini berkata, kerja fotografi dan penggambaran kebanyakannya dilakukan dalam studio atau rumah.

    “Kalau membabitkan sudut terbuka pun, di laman rumah. Syarikat produksi faham keadaan saya dan boleh berkompromi. Kalau tiba-tiba lenguh kaki contohnya, saya ambil sedikit masa untuk duduk dan berehat.

    “Tidak dinafikan pada peringkat kehamilan sekarang, saya mudah penat. Sampai terasa sakit pada bahagian belakang badan dan kaki membengkak.

    “Tetapi apa boleh buat, kerja kena dilunaskan. Kesakitan dan pergelutan masih boleh saya hadapi,” katanya.

    Mira berkata, berikutan kekangan masa, persiapan untuk si kecil kebanyakannya dibeli atas talian.

    “Semua barangan dibeli saya hantar ke rumah emak. Saya akan berpantang di rumah emak. Bagaimanapun, saya tidak merancang tempoh rehat selepas bersalin.

    “Semuanya bergantung kepada keadaan diri dan anak. Kalau semua terkawal, saya boleh kembali bekerja.

    “Lagipun, saya tiada komitmen kerja yang dipersetujui selepas bersalin dan berpantang. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...