Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Misi tumbangkan ‘samurai’ – Zii Jia

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berharap Malaysia dapat menumpaskan Jepun dalam aksi Kumpulan D pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, dari 8 hingga 15 Mei ini.

    Zii Jia berkata juara 2014 itu diramal menguasai peringkat kumpulan dalam kejohanan berpasukan badminton berprestij dunia itu yang bakal berlangsung di Impact Arena.

    Beliau berkata impian Malaysia untuk menjadi juara kumpulan terletak pada kemampuan Malaysia menundukkan pasukan negara matahari terbit itu. 

    “Pastinya sasaran utama tewaskan Jepun dan mereka bukan pasukan ‘cincai’. Kita juga tidak harus pandang rendah pasukan lain dalam peringkat kumpulan,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

    Selain Jepun, skuad kebangsaan diundi bersama England dan New Zealand. 

    Dalam pada itu, bekas juara All England 2021 itu percaya penampilan pertamanya pada Kejuaraan Badminton Asia di Manila, Filipina dari 26 April hingga 1 Mei ini, dapat dijadikan medan persediaan untuk mendapatkan rentak permainan sebelum mengharungi saingan Piala Thomas.

    Pemain nombor tujuh dunia itu yang memilih haluan profesional sejak Januari lepas, teruja dapat kembali ‘berguru’ di ABM dan mengikuti kem latihan selama sembilan hari sehingga 23 April ini.

    Beliau juga berpeluang memberi tunjuk ajar kepada atlet ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini yang berlatih bersama mereka. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia ketika sesi latihan Skuad Badminton ke Piala Thomas, Uber dan Sukan SEA di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...