Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mohon kerjasama maklumat insiden langgar lari

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kelmarin, mohon kerjasama orang awam bagi menyalurkan sebarang maklumat berhubung kemalangan dipercayai langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki (mangsa) dan sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenis mahupun nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

    Kejadian berlaku pada 30 Januari sekitar 7:30 pagi berdekatan kawasan kedai runcit di Pandan 7 berhampiran Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait.

    Oleh itu, orang awam yang menyaksikan kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian kecemasan polis 993 untuk membantu siasatan.

    PPDB turut mengarahkan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan lari itu untuk segera membuat laporan polis, berpandukan Seksyen 34(1) Penggal 68, kewajipan memberi maklumat dalam tempoh tujuh hari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...