Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Morant pimpin Grizzlies benam Spurs

    LOS ANGELES, 1 MAC – Ja Morant menghasilkan prestasi hebat 52 mata ketika Memphis Grizzlies menewaskan San Antonio Spurs 118-105 dalam perlawanan Western Conference NBA semalam.

    Morant mencatat 22 daripada 30 mata dalam persembahan luar biasa untuk Memphis, dua hari selepas meraih 46 mata dalam kemenangan ke atas Chicago.

    Prestasi terbaik dalam karier Morant termasuk dua musim cemerlang – bermula dengan dunk mengagumkan ke atas pemain Austria Spurs Jakob Poelti.

    Dia seterusnya menambah satu lagi dunk sejurus sebelum separuh masa berakhir dengan lontaran tinggi selepas menerima bola hantaran Steven Adams dari jauh.

    “Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan saya, jurulatih saya,” kata Morant.

    Aksi Ja Morant semasa menjaringkan bola dalam perlawanan bola keranjang NBA di antara Memphis Grizzlies dan San Antonio Spurs di Memphis, Tennessee pada 28 Februari 2022. – AP

    “Mereka percaya pada saya dan mempunyai keyakinan saya mampu melakukan permainan yang betul.”

    Kemenangan itu meninggalkan Memphis di tempat ketiga dalam Western Conference dengan 43 kemenangan dan 20 kekalahan, menyusuli di belakang Golden State Warriors (43-18) dan Phoenix Suns (49-12).

    Sementara itu, jurulatih San Antonio Gregg Popovich memuji Morant sebagai seorang ‘pemain hebat.’

    “Apa lagi yang dapat awda katakan mengenainya? Dia bukan sahaja tangkas, malah dia tahu apa yang berlaku di gelanggang,” kata Popovich.

    “Maka awda menggabungkan bahagian intelektual permainannya dengan ketangkasannya dan awda akan mempunyai seorang pemain istimewa.”

    Dalam perkembangan lain semalam, Miami Heat menyekat De Mar DeRozan untuk membenam Chicago Bulls 112-99 dalam perlawanan Eastern Conference. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...