Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    MPFL 2022 dianjak pertengahan Januari

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 Sirkit 1 yang dijadual bermula 7 Januari tahun depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam akan bermula lewat seminggu iaitu pada 14 hingga 16 Januari.

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantarannya dalam laman Facebook memaklumkan tarikh itu dipinda setelah mengambil kira kesukaran dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pramusim berikutan situasi banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini.

    “Sirkit 1 pada asalnya dijadual bermula Jumaat depan iaitu 7 Jan, namun Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM telah mengambil kira kesukaran yang terpaksa dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pramusim mereka berikutan situasi banjir yang melanda beberapa negeri,” menurut kenyataan itu.

    FAM pada masa sama memberitahu perubahan jadual itu juga disebabkan penarikan diri saat akhir dua pasukan iaitu Sabah dan Melaka yang menyaksikan hanya 15 pasukan akan bertanding pada MPFL 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...