Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    MWNBD mulakan majlis tadarus Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Dalam menyemarakkan ketibaan bulan suci Ramadan, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran dengan penglibatan lebih 80 orang ahlinya menerusi platform maya, baru-baru ini.

    Majlis yang dihoskan oleh Naib Yang Di-Pertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat itu telah disertai oleh 13 buah persatuan yang lain antaranya Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI), Badan Kebajikan Isteri Pegawai-pegawai Kerajaan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI), Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait (PKP), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) dan sebagainya.

    Bagi memberkati majlis, Surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam sebelum pembukaan tadarus dengan juzuk pertama yang dibaca secara bergilir-gilir oleh ahli Lembaga Tadbir MWNBD.

    Majlis turut diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Dengan adanya acara keagamaan tahunan sedemikian, ia dihasratkan akan dapat mendidik diri dan jiwa dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, di samping untuk meningkatkan lagi hubungan silaturahim antara semua persatuan yang bergabung dengan MWNBD meskipun dilakukan dalam norma baharu.

    Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam bersama ahli MWNBD pada majlis tadarus Al-Quran yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...