Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Vaksin bukan pasport hadiri sekolah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Kementerian Kesihatan telah menerangkan bahawa vaksin bukannya pasport untuk menghadiri sekolah tetapi pelajar yang bervaksin atau mereka yang belum bervaksin boleh menghadiri sekolah.

    “Walau bagaimanapun, sesiapa yang bervaksin atau sudah dijangkiti COVID-19, ini akan menambah imuniti biskita daripada dijangkiti lagi.”

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai kanak-kanak yang hanya mempunyai satu dos vaksin atau pernah dijangkiti oleh COVID-19, adakah mereka boleh menghadiri pembelajaran di sekolah, semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sementara itu, menjawab persoalan daripada orang ramai mengenai tempoh enam minggu bagi pengambilan dos kedua vaksin untuk kanak-kanak selepas dos pertama, Yang Berhormat Dato menerangkan bahawa vaksin yang digunakan untuk vaksinasi kanak-kanak iaitu vaksin Pfizer mengesyorkan pengambilan dos kedua seawalnya tiga minggu selepas dos pertama dengan pihak mereka memilih untuk melaksanakan pengambilan dos kedua selepas enam minggu.

    Beliau menambah, itu merupakan cadangan oleh pihak Pfizer bagi pengambilan dos kedua selepas dos pertama tetapi ia adalah tertakluk kepada jenis vaksin.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan, vaksin COVID AstraZeneca adalah berbeza di mana tempoh antara pengambilan dos pertama dan kedua adalah sehingga 12 minggu di mana ia mempunyai sukat-sukatnya yang tersendiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...