Monday, April 29, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    NBA letak syarat untuk pemain belum divaksin

    WASHINGTON, 31 OGOS – Pemain NBA dan kakitangan pasukan yang belum divaksin mesti menyerahkan ujian mingguan COVID-19 musim ini, liga memberitahu seluruh kelab dalam memo dikeluarkan pada Selasa.

    Namun terdapat pengecualian tertentu untuk arahan itu, kata liga, ia termasuklah apabila orang yang tidak divaksinasi dianggap ‘baru pulih’ daripada COVID-19.

    Tetapi untuk yang lain, ujian tidak akan diperlukan kecuali apabila ‘diarahkan oleh doktor pasukan mereka atau doktor liga atau pihak berkuasa kerajaan’.

    Pelitup muka juga tidak diperlukan, walaupun ia disyorkan untuk digunakan di dalam tempat tertutup di mana tahap koronavirus semakin meninggkat yang diklasifikasikan oleh pegawai kerajaan.

    Dasar bagi musim baharu ini – yang telah dipersetujui oleh Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan – telah dirancang selama lebih beberapa minggu dan konsisten dengan apa yang dijangkakan oleh Suruhanjaya NBA, Adam Silver bulan lalu.

    “Kami akan berada di landasan betul dari segi bila musim bermula, dari segi protokol di sekitar perlawanan, terutamanya mengenai kesihatan dan keselamatan pemain kami,” Silver berkata pada mesyuarat Lembaga Gabenor liga pada pertengahan Julai.

    “Saya telah belajar sejak 2 1/2 tahun yang lalu untuk tidak membuat sebarang ramalan mengenai COVID, dan hanya untuk mengatakan bahawa kami akan bersedia untuk apa sahaja cabaran yang datang.”

    Sebilangan besar pemain NBA dan kakitangan pasukan telah divaksinasi pada musim lalu, dan liga berkata ia mengesyorkan agar orang sentiasa mengetahui status vaksinasi mereka. Ini bermakna bukan sahaja pemain dan kakitangan telah menerima semua dos dalam siri awal vaksinasi tetapi juga semua penggalak yang disyorkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. – AP

    Pesuruhjaya NBA Adam Silver bercakap pada sidang akhbar sebelum Perlawanan Akhir NBA bola keranjang antara Golden State Warriors dan Boston Celtics di San Francisco, Khamis, 2 Jun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...