Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Neymar dibicara atas tuduhan terlibat rasuah

    BARCELONA, SEPANYOL, 28 JULAI – Penyerang Brazil, Neymar akan dihadapkan ke perbicaraan di Sepanyol, sebulan sebelum Piala Dunia atas dakwaan penyelewengan pembayaran yang melibatkan perpindahannya ke Barcelona pada 2013.

    Ibu bapa Neymar, bekas presiden Barcelona, Sandro Rosell dan kedua-dua kelab serta pasukan Brazil, Santos juga akan dibicarakan selepas aduan yang dibuat oleh kumpulan pelaburan Brazil, DIS mengenai jumlah pembayaran perpindahan pemain itu.

    Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 17 Oktober, hampir sebulan sebelum kejohanan Piala Dunia pada 21 November di Qatar.

    Neymar dan bapanya, yang juga selaku ejennya, menghadapi pertuduhan rasuah dan hukuman penjara hingga dua tahun, yang tidak mungkin menjalankan sebarang huku-man penjara.

    Mereka juga berdepan dengan denda berjumlah 10 juta euro (AS$10.1 juta).

    Gambar fail Neymar beraksi semasa menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan antara Paris Saint-Germain dan Gamba Osaka di Suita, barat Jepun. – AP

    Rosell berdepan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan penipuan dan rasuah, ditambah lagi dengan denda 10 juta euro (AS$10.1 juta).

    Sementara itu, DIS berhak mendapat 40 peratus daripada perpindahan Neymar tetapi berkata ia menerima pampasan yang lebih rendah kerana sebahagian daripada yuran pembayaran itu telah disembunyikan.

    Pendakwa raya berkata individu yang terlibat cuba menyembunyikan jumlah perpindahan sebenar bagi membayar komisen yang lebih rendah kepada kumpulan pelaburan.

    Neymar dan lainnya menafikan dakwaan tersebut.

    Neymar dan bapanya sebelum ini hadir pada perbicaraan yang dibuat beberapa tahun yang lalu di Madrid atas sebab pertuduhan berkenaan.

    Santos secara rasmi menerima 17.1 juta euro (AS$17.3 juta) untuk perpindahan Neymar ke Barcelona tetapi pendakwa raya berkata jumlah yang dibayar oleh kelab Sepanyol itu adalah 25.1 juta euro (kini AS$25.4 juta), bermakna DIS berhak menerima pembayaran tambahan berjumlah 3.2 juta euro (AS$3.3 juta).

    Pendakwa raya berkata perbezaan jumlah itu adalah daripada pembayaran yang dibuat oleh Barcelona untuk pemerolehan masa depan pemain lain, serta perkongsian untuk perlawanan persahabatan antara kelab. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...