Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ngulang Kopitiam bawa pelanggan ke era 40an

    PADANG BESAR – Dari jauh sebuah rumah kayu setingkat  bertangga batu kelihatan sama seperti  rumah kampung lain, namun sebaik melangkah masuk ia adalah sebuah kopitiam yang membawa pelanggan ke zaman 1940an.

    Dekorasi Ngulang Kopitiam pasti menarik perhatian kerana setiap ruang dihiasi dengan barangan antik selain pelanggan disajikan dengan halwa telinga lagu-lagu klasik era 40an, 50an dan 60-an yang mengimbau kenangan seolah berada di set pengambaran filem seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

    Menurut pemilik Ngulang Kopitiam, Sharifah Faezah Syed Khecik Al Kadri, dia mula mengumpul barangan antik sejak berumur 20 tahun dan selepas bersara  sebagai kakitangan kerajaan dia mula membuka kopitam dengan menu klasik hasil air tangan sendiri.

    “Saya minat kumpul barang antik sejak dari dahulu masa mula-mula kahwin lagi. Saya sanggup merantau hampir ke seluruh negara antaranya Kelantan, Johor dan Melaka bagi mendapat koleksi barangan antik dan mencuba  pelbagai menu makanan di kopitiam.

    “Satu hari anak-anak saya tanya apa yang ingin saya lakukan dengan koleksi barangan antik. Maka dari situlah saya mendapat idea untuk membuka kopitiam pada 18 Januari dan Alhamduillah sambutan diterima sangat luar biasa hingga saya tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang tidak putus-putus,” kata wanita berusia 60 kepada Bernama di Kampung Ngulang.

    Sharifah Faezah berkata antara hidangan popular di Ngulang Kopitiam adalah laksa nyonya, lontong, roti bakar Kluang, pulut, nasi dagang dan banyak lagi.

    “Saya masak sendiri semua menu bagi menjaga mutu masakan,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

    Pesara kerajaan yang dibantu oleh suaminya Hamzan Darus, 60, berazam untuk memperbaiki mutu makanan dan perkhidmatan  terlebih dahulu sebelum merancang untuk meluaskan perniagaan.

    “Buat masa ini cukup apa yang ada, yang penting bagi saya adalah kepuasaan pelanggan kerana ada yang sanggup datang dari jauh samata-mata untuk ke Ngulang Kopitiam,” katanya. – Bernama

    Pemilik Ngulang Kopitiam, Sharifah Faezah Syed Khecik Al Kadri, mengatakan selepas bersara  sebagai kakitangan kerajaan dia mula membuka kopitam dengan menu klasik hasil air tangan sendiri. – Bernama
    Dari jauh sebuah rumah kayu setingkat bertangga batu kelihatan sama seperti rumah kampung lain, namun sebaik melangkah masuk ia adalah sebuah kopitiam yang membawa pelanggan ke zaman 1940an. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...