Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Turkish Airlines tambah penerbangan mingguan Istanbul-KL

KUALA LUMPUR, 16 MAC – Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Istanbul dan Kuala Lumpur kepada 14 kali seminggu pada pertengahan Ogos, berbanding 10 kali seminggu pada masa ini.

Pengerusinya, Profesor Dr Ahmet Bolat berkata syarikat penerbangan Turkiye itu memberi penekanan utama kepada Asia Tenggara khususnya Malaysia sempena ulang tahun ke-10 operasinya di Kuala Lumpur tahun ini.

“Tahun lepas, 51 juta orang melawat Turkiye termasuk 88,000 rakyat Malaysia. Jadi saya meminta pengurus saya meningkatkan angka itu kepada 200,000 dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada pemberita pada majlis Connect with Turkiye, di sini pada malam Rabu.

Turut hadir ialah Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel.

Bolat berkata Turkish Airlines juga sedang menimbang untuk menambah laluan baharu ke Malaysia bergantung kepada kapasiti pesawatnya.

“Masalah utama kini adalah kekurangan pesawat, dengan beberapa pesawat disimpan oleh Boeing berikutan isu 787,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -