Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nilai saham Apple cecah AS$3 trilion

    NEW YORK, 4 JAN – Apple menjadi syarikat Amerika Syarikat (AS) pertama untuk mencatat nilai pasaran AS$3 trilion, seketika mencapai angka tersebut kelmarin dan menjadi bukti terkini peningkatan industri teknologi selepas pandemik.

    Pembuat iPhone mencapai tahap hampir rekod pada 1845GMT, mencecah AS$182.88 bagi setiap saham sebelum kembali menurun sedikit.

    Gergasi teknologi itu adalah syarikat AS pertama untuk mencapai AS$2 trilion pada Ogos 2020, semasa pandemik COVID-19 menyebabkan permintaan bagi barangan elektronik persendirian dan perkhidmatan digital melonjak seperti penstriman dan stor aplikasi telefon pintar Apple.

    Ia juga syarikat AS pertama yang berjaya melepasi angka AS$1 trilion pada Ogos 2018.
    Peningkatan itu menandakan pencapaian terkini bagi Tim Cook, yang menjadi ketua pegawai eksekutif Cupertino, gergasi California pada 2011 tidak lama selepas kematian pengasas bersama syarikat tersebut, Steve Jobs.

    Ketika syarikat teratas di pasaran saham AS didominasi oleh syarikat-syarikat dari Lembah Silicon, Microsoft adalah satu-satunya syarikat AS lain yang bernilai lebih AS$2 trilion.

    Pada Oktober, Apple melaporkan pendapatan bersih AS$20.5 bilion dengan hasil AS$83.4 bilion, rekod tinggi bagi suku yang berakhir pada September.

    Fiskal pendapatan 2021 syarikat dilaporkan sebanyak AS$365.8 bilion, lebih tiga kali ganda tahapnya sedekad lalu.

    Tetapi dengan syarikat teknologi gergasi lainnya, Apple dilihat menerima tekanan dalam beberapa bulan kebelakangan disebabkan oleh masalah rantaian bekalan, termasuk kekurangan semi-konduktor di seluruh dunia dan gangguan penghasilan berkaitan dengan COVID-19 di Asia Tenggara.

    Saham Apple menjunam pada laporan pendapatan Oktober, tetapi kembali meningkat selepas itu, meraih hampir 20 peratus dalam dua bulan terakhir 2021. – AFP

    Apple menjadi syarikat AS pertama untuk mencatat nilai pasaran AS$3 trilion di Bursa Saham AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...