Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NPS: Progresif terima respons baik pelanggan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Progresif Sdn Bhd (Progresif) telah menerima markah terbaiknya daripada pelanggan dalam tinjauan Net Promoter Score (NPS) pada September dengan hampir 14,000 respons pelanggan keseluruhannya.

    Progresif dalam kenyataan menjelaskan, NPS ialah indeks yang diiktiraf di peringkat global antara -100 hingga 100 yang mengukur kesediaan pelanggan untuk mengesyorkan produk atau perkhidmatan syarikat kepada orang lain.

    Progresif mendapat nilai markah begitu positif iaitu 52.46, sekali gus menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi dalam kalangan pelanggan, dengan undian yang menyatakan pencapaian dan kejayaan dalam kualiti produk dan perkhidmatannya.

    Daripada jumlah respons itu, lebih 2,600 komen substantif menjurus kepada input dan cadangan membina dalam bidang promosi produk, kempen, tahap kepuasan perkhidmatan pelanggan meliputi dalam kedai dan melalui telefon, perkhidmatan aplikasi mudah alih, pelan jalur lebar dan data.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar berkata, jika dibandingkan dengan 2021, keputusan tahun ini membuktikan pertumbuhan yang agak besar dalam peningkatan prestasi.

    “Di Progresif, memastikan kebahagiaan dan kepuasan pelanggan kami adalah menjadi keutamaan, dan kami menitikberatkan segala kualiti perkhidmatan yang ditawarkan begitu luar biasa. Ia memberi keyakinan yang tinggi bahawa kami berada di landasan betul untuk menjadi jenama harian Brunei paling disayangi dengan hubungan pelanggan yang berkekalan,” tambahnya.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa sejak mula-mula melancarkan tinjauan NPS pada 2020, Progresif telah melihat kemajuan yang boleh ditunjukkan dalam kapasitinya untuk memahami jangkaan pelanggan dan telah mendapat pengetahuan tentang pandangan pelanggan mengenai jenama Progresif sebagai keseluruhan kerana wawasan tersebut.

    Progresif telah menerima markah terbaiknya daripada pelanggan dalam tinjauan Net Promoter Score (NPS) pada bulan September dengan hampir sebanyak 14,000 respons pelanggan secara keseluruhannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...