Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    O’Callaghan rangkul pingat emas

    BUDAPEST, 24 JUN – Perenang dari Australia, Mollie O’Callaghan berjaya mengatasi rasa cemasnya untuk meraih pingat emas termuda di Budapest dan menjadi juara wanita termuda dalam acara gaya bebas 100m, kelmarin.

    Dua perenang veteran dari Amerika Syarikat, Lilly King dalam acara kuak dada 200m wanita dan Ryan Murphy dalam kategori acara kuak lentang 200m, kemudian memenangi pingat emas sebelum perenang lelaki AS berjaya menamatkan pertandingan dengan memenangi acara gaya bebas berganti 200m.

    Sementara itu, Zac Stubblety-Cook dari Australia, yang menyertai acara kuak dada 200m lelaki, mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa pertandingan ini dipenuhi dengan perenang muda.

    “Setahun selepas sukan Olimpik berasa sedikit berbeza,” kata perenang berusia 23 tahun itu. “Banyak perenang muda mula menyertai pertandingan.”

    Dia memberitahu bahawa dalam acara disertainya, hanya dua daripada peserta Olimpik yang dilihat menyertai pusingan akhir acara renang berkenaan.

    Perenang berusia 18 tahun, O’Callaghan, diikuti dengan perenang berusia 17 tahun, David Popovici dari Romania dan Benedetta Pilato dari Itali serta Summer McIntosh dari Kanada, masing-masing berjaya meraih pingat dalam kejohanan tersebut. – AFP

    Mollie O’Callaghan (tengah) dan Sarah Sjostrim (kiri) serta Torri Huske dengan pingat masing-masing semasa sesi bergambar ramai pada Kejohanan Renang Dunia 2022 FINA di Duna Arena, Budapest. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -