Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Opal terbesar dilelong AS$125,000

    JUNEAU, ALASKA, 20 FEB – Nick Cline menerima panggilan mengenai pelbagai barangan yang ingin dijual menerusi firma pelelongan Anchorage di tempat dia bekerja.

    Namun dia terkejut dengan satu panggilan yang diterimanya daripada seorang lelaki mengatakan dia mempunyai ‘salah satu batu opal terbesar di dunia.’

    Menurut firma pelelongan itu, opal tersebut, digelar ‘Americus Australis,’ mempunyai berat lebih 11,800 karat dan salah satu batu permata opal terbesar yang pernah wujud. Ia juga mempunyai sejarah panjang.

    Terbaharu, ia disimpan dalam almari linen di sebuah rumah di Big Lake, utara Anchorage, oleh Fred von Brandt, yang melombong emas di Alaska dan di mana keluarganya mempunyai sejarah perniagaan dalam batu permata.

    Batu opal itu adalah lebih besar daripada bata dan pecah kepada dua bahagian, yang dikatakan von Brandt merupkan satu amalan digunakan beberapa dekad lalu untuk membuktikan kualiti batu permata.

    Von Brandt berkata batu itu telah disimpan keluarganya sejak akhir 1950, apabila datuknya membeli batu tersebut daripada seorang peniaga opal Australia bernama John Altman.

    Firma pelelongan itu berusaha mendapatkan bidaan harga minimum AS$125,000 semasa pelelongan hari ini. Cline berkata ia merupakan satu ‘risiko’, dengan syarikat menggunakan kaedah konservatif dalam harapan mendapatkan tumpuan. Ia telah menyasarkan harga jualan di antara AS$250,000 hingga AS$350,000, kata Cline.

    Jualan termasuk sebahagian opal yang lebih kecil yang menurut von Brandt dipotong oleh bapanya untuk dipakai atau dipamerkan. – AP

    Dan Newman (kiri) dan Nick Cline bergambar di Anchorage, Alaska bersama ‘Americus Australis,’ dipercayai opal terbesar pernah wujud. Batu permata itu dilelong kelmarin, dengan bidaan pembukaan ditetapkan pada AS$125,000. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...