Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Operasi derma darah waktu malam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Dalam usaha untuk mengekalkan stok bekalan darah di tahap tinggi, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal memaklumkan waktu operasi tambahan pada waktu malam bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

    Menurut pusat itu lagi, waktu pendaftaran berakhir pada pukul 9:30 malam dengan tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan.

    Waktu operasi tambahan bagi Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) adalah pada 25, 28 dan 30 Mac serta 1 April.

    Pusat berkenaan juga mengalu-alukan persatuan atau badan-badan kebajikan dan syarikat-syarikat di sektor swasta untuk menggalakkan ahli atau kakitangan yang tidak berpuasa pada siang hari untuk menderma darah di pusat berkenaan.

    Sementara itu, individu-individu yang berpuasa disarankan untuk menderma darah pada waktu malam semasa waktu operasi tambahan.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen derma darah, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 atau WhatsApp 8775745 atau e-mel bloodbank@moh.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -