Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ops bersepadu sasar bengkel pelupusan haram

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Jabatan Daerah Brunei Muara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Seorang warganegara Bangladesh telah dikenakan beberapa tindakan undang-undang atas kesalahan yang dikesan semasa operasi bersepadu di kawasan rumah kediaman Kampung Bengkurong, pada 27 Jun lalu.

    Rumah itu telah dijadikan bengkel dan tempat pelupusan kenderaan terpakai tanpa kebenaran sah daripada agensi kerajaan.

    Operasi bersepadu itu diketuai oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) bersama agensi-agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), hasil daripada aduan orang ramai.

    Semasa serbuan, pegawai-pegawai bertugas mendapati beberapa potongan rangka besi dan alat ganti kenderaan telah dileraikan untuk dijual serta 25 keping kad pendaftaran kenderaan.

    Kes berkenaan telah disiasat di bawah Unit Pengiktirafan Bengkel JPD untuk tindakan lanjut.

    Sementara itu, pihak majikan juga telah gagal mendapatkan kebenaran tempat tinggal daripada Jabatan Buruh bagi pekerja warganegara asing di bawah Bab 86, Perintah Pekerjaan 2009 di mana jika sabit kesalahan, majikan akan dikenakan denda kompaun sejumlah $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Manakala itu, JKED telah mendapati warga asing berkenaan memiliki rokok dan telah dikenakan kompaun di bawah Bab 146, Perintah Eksais 2006.

    Satu pas khas telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, JIPK bagi pengesahan pasport.

    JDBM turut mengeluarkan kompaun sebanyak $1,000 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) dan telah diberikan tempoh selama tujuh hari untuk membayar kompaun berkenaan.

    Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah kediaman di Kampung Bengkurong yang dijadikan bengkel serta tempat pelupusan kenderaan pada 27 Jun lalu.
    Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah kediaman di Kampung Bengkurong yang dijadikan bengkel serta tempat pelupusan kenderaan pada 27 Jun lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...