Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Padah pamer iklan tanpa kebenaran

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan ABCi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    ABCi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyatakan bahawa kedua-dua syarikat itu dikenakan denda kompaun sebanyak $500 atas kesalahan memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di The Mall, Kampung Pengkalan Gadong, Mukim Gadong.

    Kedua-dua syarikat tersebut telah diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk melantik syarikat pengiklanan yang mempunyai pendaftaran yang sah.

    Di samping itu, mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

    Pegawai penguat kuasa ABCi ketika membuat pemeriksaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -