Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Padah papar papan perniagaan tanpa kebenaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sebuah syarikat perniagaan telah dikenakan kompaun sebanyak $1,000 atas kesalahan memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), di sini, kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda), 2016.

    Syarikat itu melakukan kesalahan memaparkan dua papan tanda perniagaan tanpa kebenaran iaitu masing-masing dikenakan kompaun $500 bagi papan tanda perniagaan di Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong dan Kampung Gadong, Mukim Gadong.

    Syarikat itu diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan.

    ABCi menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu bagi mana-mana pemasangan papan tandan perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan sepertimana Peraturan-peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda), 2016 dan prosedur yang telah ditetapkan dengan melantik syarikat pengiklanan yang mempunyai pendaftaran sah.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat yang lanjut, boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...