Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pameran SEL di CF ke-26 dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan SEL

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Makmal Tenaga Seria (SEL) baru-baru ini, tidak ketinggalan menyertai Pesta Pengguna (CF) ke-26 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan mempamerkan pelbagai produk dan aktiviti.

    Sepanjang acara lima hari itu, pameran SEL telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kunjungan orang ramai di petak pamerannya di Dewan Plenari di mana SEL menawarkan tawaran menarik untuk tiket masuk dan barangan.

    Aktiviti interaktif telah menarik ramai orang untuk mencuba SEL Challenge di mana pelawat perlu menjawab kuiz, menyelesaikan pameran modular dan menyelesaikan cabaran robotik VEX untuk memenangi hadiah yang menakjubkan.

    Selain itu, terdapat juga demonstrasi pencetakan 3D yang dipamerkan untuk mempromosikan program Hab Inovasi SEL dan aktiviti baharu yang digelar Bio Tinkering.

    Melalui aktiviti Bio Tinkering, para pengunjung dapat memperoleh pengalaman langsung dalam mengendalikan mikroskop kompaun.

    Aktiviti TWO hand-ons Makerspace untuk kanak-kanak juga diadakan sebagai sebahagian daripada program jangkauan SEL yang digelar Siuknya Sains.

    Pengunjung tidak melepaskan peluang menyertai salah satu aktiviti menarik yang ditawarkan.
    Kanak-kanak mencuba salah satu aktiviti yang disediakan di petak pameran SEL.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...