Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pantau harga jualan kit ART

    Sejak kebelakangan ini, jumlah kes jangkitan di negara kita meningkat secara mendadak ditambah dengan penularan Omicron yang mudah merebak.

    Sebagai salah satu langkah berjaga-jaga orang ramai digalakkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) sekerap yang mungkin. Sehubungan itu orang ramai mula berlumba-lumba untuk mendapatkan kit ujian ART untuk kegunaan sendiri, namun hakikatnya sejak kebelakangan ini juga kit ART sukar diperoleh.

    Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah kit sukar diperolehi sesetengah peniaga sengaja menaikkan harga jualan secara mendadak seperti pada beberapa bulan sebelumnya harga kit ART dijual serendah $2.50 namun kini melambung tinggi sehingga $11.

    Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Apabila ditanya pada penjual kenapa harga melambung naik, mereka hanya mengalaskan kit ujian yang dijual berbeza dari sebelumnya dan ada juga mengatakan kit berkenaan asli bukan tiruan. Justeru apakah kit ART sebelum ini lain?

    Diharap penjual tidak mengalaskan keadaan semasa di negara kita untuk menaikkan harga sesuka hati. Hal kedua pula cuba ditekankan di sini, kit ART yang dijual dengan harga mampu milik diborong habis-habisan sesetengah pihak dan dijual semula dengan harga yang berlipat-lipat ganda. Sepatutnya dalam situasi pada masa ini, sesetengah pembeli perlu memikirkan pelanggan lain dan sama-sama memberi peluang kepada pelanggan lain untuk mendapatkannya dan pihak peniaga perlu mengehadkan jumlah pembelian bagi setiap pelanggan.

    Sehubungan itu, jika dapat pihak relevan memantau kenaikan harga kit ART ini sama ada dalam kalangan pekedai atau peniaga online. Jika dapat, biarlah ia terkawal supaya tidak terlalu membebankan pengguna.

    Kami juga mahu

    Orang ramai mula berlumba-lumba untuk mendapatkan kit ujian ART untuk kegunaan sendiri, namun hakikatnya sejak kebelakangan ini juga kit ART sukar diperoleh di mana-mana di negara ini. – Gambar fail
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...