Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pasport Brunei di tangga ke-22 di dunia

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Pasport Negara Brunei Darussalam menduduki tangga ke-22, kurang dua tangga daripada 20 kedudukan pasport paling berkuasa di dunia pada suku pertama 2022, menurut laporan terkini Indeks Pasport Henley.

    Dengan kedudukan ke-22 di dunia, pasport negara mempunyai 166 destinasi bebas visa, naik satu anak tangga berbanding tahun lalu pada tangga ke-23. Kedudukan terbaik pernah dicapai adalah pada 2016 pada kedudukan ke-17.

    Jepun dan Singapura berkongsi tempat pertama dalam indeks tersebut yang menilai dokumen perjalanan berdasarkan berapa banyak warga negara itu mempunyai akses tanpa memerlukan visa perjalanan, menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

    Pemegang pasport Jepun dan Singapura kini boleh memasuki 192 destinasi di seluruh dunia tanpa visa. Jerman dan Korea Selatan menduduki tangga kedua, dengan pemegang pasport negara itu boleh pergi ke 190 destinasi tanpa visa, manakala Finland, Itali, Luxembourg dan Sepanyol berkongsi tempat ketiga, meraih akses ke 189 destinasi tanpa visa.

    United Kingdom berada di tempat kelima, dengan skor 187 dan Amerika Syarikat di tempat keenam dengan skor 186.

    Afghanistan berada di tempat tercorot dan hanya mempunyai akses kepada 26 negara.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...