Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pejabat Tugas-Tugas Khas Sabah diangkat sebagai kementerian

    SANDAKAN, 9 OKT – Pejabat Tugas-Tugas Khas di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah dijenamakan semula sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di sini hari ini.

    “Mesyuarat Kabinet negeri pada 5 Okt lepas telah bersetuju untuk menjenamakan semula Pejabat Tugas-Tugas Khas.

    Kementerian ini akan menyelaraskan hal ehwal pendidikan dan agama Islam di negeri ini,” katanya.

    Ketika ditemui pemberita, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Arif merakamkan penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan status kementerian kepada pejabat berkenaan, yang hal ehwal pendidikan dan agama Islam di negeri ini merupakan teras modal insan dan kesejahteraan rakyat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...