Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Pelajar KUPU SB, UTB juara musabaqah IPT senegara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Awangku Muhd Ammarul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Hajah Wafiqah binti Haji Daim dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) masing-masing muncul juara qari dan qariah dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Senegara, baru-baru ini.

    Dalam pertandingan yang berlangsung di KUPU SB itu, kedua dan ketiga bahagian qari masing-masing disandang oleh Awang Muhammad Izzuddin bin Haji Nor Hisham dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Awang Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Manakala itu, bagi bahagian qariah, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Norliza binti Abdul Jalil dari KUPU SB dan Dayang Hanisah Syahirah binti Haji Haminuddin dari UNISSA memenangi tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu khas dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta ialah Pemangku Timbalan Raes KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

    Pertandingan yang diadakan sempena Hari Semarak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 itu telah disertai oleh lapan orang mahasiswa dan mahasiswi dari UBD, UTB, UNISSA dan KUPU SB.

    Antara objektif penganjurannya adalah untuk menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir dengan berpaksikan kepada
    Al-Quran.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah serta mewujudkan semangat saing secara sihat dan profesional antara kesemua IPT di negara ini.

    Dr Haji Abang Hadzmin menyampaikan sijil kepada salah seorang qariah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Para mahasiswa yang menyertai musabaqah tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...