Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    6 usahawan tempatan terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Dalam berbagi rezeki bersama usahawan tempatan yang memerlukan di bulan penuh kemuliaan ini, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah menghulurkan bantuan menerusi Projek Amal DPPMB 2024, baru-baru ini.
     
    Projek bertujuan menyediakan bantuan dari segi pembelian mesin atau barang-barang keperluan bagi membantu golongan usahawan tempatan yang kurang berkemampuan dalam memulakan perniagaan atau meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka.
     
    Majlis penyerahan telah diadakan di Ibu Pejabat DPPMB di Kompleks Perindustrian Beribi di mana enam orang usahawan tempatan telah menerima sumbangan amal berkenaan.
     
    Para penerima terdiri daripada Dayang Norfisah binti Haji Abdul Wahab, Dayang Norjanah binti Haji Ahmad, Dayangku Nordianah binti Pengiran Ibrahim, Dayang Mutiatul Hassanah binti Taujan, Dayang Siti Aminah Hanisah binti Matasim dan Dayang Siti Khadijah binti Matasim. 
     
    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Pengerusi DPPMB, Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Arsad.
    Haji Abdul Hamid bergambar ramai bersama para usahawan pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat DPPMB di Kompleks Perindustrian Beribi, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN DPPMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...