Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    300 pek makanan dihantar ke masjid

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Sebagai komitmen terhadap kebajikan masyarakat di Brunei, Network Integrity Assurance Technologies Sdn Bhd (NiAT) telah mengumumkan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk bulan Ramadan 2024.

    Dengan kerjasama Komuniti Dapur, Society for Community Outreach & Training (SCOT), inisiatif itu bertujuan menyediakan hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, difasilitasi oleh ibu-ibu tunggal, dan mengagihkan rezeki berbuka puasa kepada masyarakat kurang berkemampuan yang terkesan dari segi sosio-ekonomi.

    Kakitangan NiAT bergabung tenaga untuk menyediakan, memasak, membungkus, dan menghantar 300 hidangan ke masjid-masjid termasuk Masjid Mohamed Bolkiah, Masjid Ash Shaliheen dan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah.

    Pasukan berdedikasi terdiri daripada 15 sukarelawan dari NiAT terlibat secara aktif dalam setiap aspek inisiatif itu untuk memastikan kejayaannya.

    Dengan menawarkan makanan kepada mereka yang memerlukan, matlamatnya adalah untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dengan sokongan stakeholder mereka.

    “Inisiatif CSR Ramadan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap belas kasihan dan khidmat masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NiAT, Lim Ming Soon.

    “Melalui kerjasama dengan Komuniti Dapur SCOT dan penyertaan aktif pekerja kami, kami berusaha memberikan sokongan penting kepada ibu-ibu tunggal dan mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.”

    Selain itu, NiAT akan terus mencari peluang untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat Brunei dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

    Lim Ming Soon bersama kakitangan NiAT ketika menyediakan bahan-bahan makanan untuk diagihkan. – GAMBAR SERAHAN NIAT
    Sukarelawan NiAT bersedia dengan makanan yang dibungkus untuk penghantaran. – GAMBAR SERAHAN NIAT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...