Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelari maraton maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital

    NEW YORK, 23 MEI – Seorang pelari maraton meninggal dunia ketika menyertai Brooklyn Half Marathon di New York City (NYC) pada Sabtu lalu manakala 15 yang lain dimasukkan ke hospital ditengah-tengah cuaca panas tidak menentu, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.

    Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan manakala empat daripada 15 peserta yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal, menurut Jabatan Bomba New York City (FDNY).

    Peserta perlu menamatkan larian sejauh 13.1 batu (kira-kira 21. 1 km) dan penganjur menganggarkan lebih 20,000 orang menyertai acara itu.

    Menurut pihak perkhidmatan cuaca, bahagian timur laut New Jersey, selatan Connecticut dan tenggara New York mengalami suhu dan kelembapan tinggi pada hujung minggu.

    Suhu tertinggi di NYC mencecah 30 darjah Celsius pada Sabtu dan Ahad sebelum dijangka kembali sejuk pada petang Ahad nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...