Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pemain pertama bernilai £1 juta meninggal dunia

    LONDON, 25 JULAI – Trevor Francis, pemain bola sepak pertama Britain yang berniali £1 juta, telah meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, kata jurucakap keluarganya semalam.

    Perpindahan besar penyerang itu dari Birmingham ke Nottingham Forest berlaku pada Februari 1979 dan hanya beberapa bulan kemudian, dia mencipta gol kemenangan dalam final Piala Eropah.

    Francis membuat 52 penampilan bersama England dengan 12 gol dan kemudian, sebagai pengurus, membimbing Sheffield Wednesday dan Birmingham ke final domestik utama.

    “Dia meninggal dunia di Sepanyol pagi tadi akibat serangan jantung,” kata jurucakap keluarga, menyatakan kejutan yang amat besar. Francis membuat debut untuk Birmingham pada tahun 1970 pada usia 16 tahun dan memberikan kesan yang ketara.

    Dia diberi gelaran Super Boy dan dibandingkan dengan penjaring gol hebat, Jimmy Greaves dan Denis Law.

    Forest memecahkan rekod pemindahan Britain apabila membayar £1.15 juta untuknya pada tahun 1979, lebih dua kali ganda berbanding rekod sebelumnya.

    Namun, pengurus berkarisma, Brian Clough menyatakan bahawa bayaran itu adalah £999,999 untuk mengurangkan tekanan ke atas pemain.

    Francis memberitahu Guardian pada 2019 bahawa bayaran perpindahannya kekal sebagai bahan perbincangan sepanjang kariernya. – AFP

    Bekas penyerang England, Trevor Francis meninggal dunia pada usia 69 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...