Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pembekal vaksin cacar monyet ,WHO meterai perjanjian dengan Amerika Latin

    COPANHAGEN, 24 OGOS – Satu-satunya pembekal vaksin cacar monyet dari Denmark hari ini berkata ia telah menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memudahkan pengedaran di Amerika Latin dan Caribbean.

    “Penghantaran vaksin dijangka bermula pada September depan,” kata Bavarian Nordic dalam satu kenyataan, ketika syarikat itu berusaha untuk meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan global yang tinggi untuk vaksin itu. Perjanjian dengan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) akan memudahkan akses saksama kepada vaksin cacar monyet untuk negara-negara di Amerika Latin dan Caribbean”, tambah kenyataan itu.

    Jangkitan cacar monyet terus mencatatkan peningkatan kes di seluruh dunia setelah dilaporkan sejak awal Mei di luar negara Afrika. WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada 23 Julai lalu, dan kira-kira 40,000 kes kini telah dilaporkan.

    Vaksin cacar syarikat Denmark, yang dikenali sebagai Imvanex di Eropah, Jynneos di Amerika Syarikat dan Imvamune di Kanada ialah serum generasi ketiga iaitu vaksin hidup yang tidak mereplikasi dalam tubuh manusia.

    Bavarian Nordic baru-baru ini mengumumkan perjanjian untuk menjual dos tambahan kepada Amerika Syarikat dan Eropah, walaupun syarikat itu tidak mendedahkan semua butiran pesanan yang telah diterimanya.

    Kebanyakan pesakit pulih daripada cacar monyet dalam beberapa minggu dan jarang menyebabkan kematian. Gejala termasuk luka pada muka, tapak tangan atau tapak kaki, kudis, demam, sakit otot dan menggigil. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...