Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    China rancang henti penjualan kereta petrol

    BEIJING, 24 OGOS – Pulau Hainan di Laut China Selatan berkata ia akan menjadi wilayah pertama China yang menghentikan penjualan kereta berkuasa petrol dan diesel dalam usaha membendung pelepasan karbon menyebabkan perubahan iklim.

    Penjualan kereta berkuasa bahan api fosil akan diharamkan menjelang tahun 2030, dalam pada masa yang sama kenderaan elektrik akan dipromosikan dengan mengecualikan pembayaran cukai serta dengan mengembangkan rangkaian pengecasan, kata kerajaan wilayah Hainan.

    Pengumuman itu dibuat ketika China bergelut berhadapan musim panas yang melampau iaitu cuaca paling kering direkodkan beberapa dekad sekali gus menyebabkan tanaman layu dan sungai-sungai serta takungan yang digunakan untuk menjana kuasa hidro kering disebabkan oleh kemarau.

    “Menjelang 2030, seluruh wilayah akan menghentikan penjualan kenderaan yang menggunakan bahan api,” menurut rancangan itu.

    Seorang timbalan menteri industri China berkata pada September 2017 bahawa Beijing sedang merangka rancangan untuk menghentikan pembuatan dan penjualan kereta berkuasa petrol dan diesel, walau bagaimanapun kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang butiran. Hainan menyasarkan kenderaan elektrik menyumbang 45 peratus daripada keseluruhan kenderaan menjelang 2030, menurut rancangan itu. – AP

    Pulau Hainan di Laut China Selatan berkata ia akan menjadi wilayah pertama China mengharamkan penjualan kereta berkuasa petrol dan diesel untuk mengekang perubahan iklim. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...