Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemberontak Rakhine, junta bertempur lagi

    YANGON, 7 FEB – Kumpulan pemberontak Myanmar hari ini mendakwa pasukan tentera menyerang pejuangnya, mencabul gencatan senjata dan menuduh junta cuba mengucar-ngacirkan kawasan itu yang tidak dikenakan tindakan keras pasca rampasan kuasa.

    Negara Asia Tenggara itu berada dalam kucar-kacir sejak rampasan kuasa Februari, dengan tindakan keras kejam ke atas penentang dan peningkatan dalam pertempuran di kawasan sempadan membabitkan kumpulan etnik bersenjata.

    Beberapa hari selepas kudeta, junta mengesahkan semula komitmen terhadap gencatan senjata bersama Tentera Arakan (AA) yang selama bertahun-tahun berperang bagi autonomi negeri etnik Rakhine.

    Pada Jumaat lalu, junta memasuki pangkalan AA di bandar Maungdaw, mencetuskan pertempuran tiga jam, jurucakap pemberontak itu memberitahu AFP, menambah seorang pejuangnya terbunuh. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...