Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemenang pertandingan cipta poster digital, video terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Dayang Hanisah Syahirah binti Haji Haminuddin diumumkan sebagai juara  Pertandingan Mencipta Poster Digital dan Video Dakwah bertemakan ‘Rasulullah Teladan Hidup’ dan menerima hadiah wang tunai $200 pada majlis pengumuman dan penyampaian hadiah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin. 

    Sementara tempat kedua Awangku Mohd Ammarrul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki menerima hadiah wang tunai $150 dan tempat ketiga Dayang Nurul Nazihah binti Haji Mohamad menerima wang tunai $100. 

    Hadir pada majlis tersebut ialah tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid Haji Amir Hisham bin Haji Masri, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Manakala bagi kategori Video, tempat pertama disandang oleh Awang Mohammad Azali Waliuddin bin Haji Azrini yang menerima hadiah wang tunai $300. 

    Pemenang tempat kedua, Awang Aiman Rosli dan Awang Julaihi Puasa masing-masing menerima hadiah wang tunai $200 dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Nurul Asyiqin binti Haji Abdul Rahman, Dayang Hanisah Hannah binti Mohd Sufri dan Dayang Siti Nursaidatul Syafiqah binti Muhammad Rosland yang menerima wang tunai $150 setiap seorang.

    Pertandingan tersebut julung kalinya diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Kumpulan Belia Masjid Senegara.

    Pertandingan tersebut dibukakan kepada belia berumur 15 hingga 35 tahun, dan dijalankan melalui aplikasi media sosial Instagram. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori Poster dan kategori Video. 

    Antara tujuan pertandingan diadakan adalah untuk mengajak para belia mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan sehari-hari. 

    Selain itu, pertandingan tersebut juga dihasratkan dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui pelbagai media, serta mencungkil bakat dan kreativiti para belia dalam mencipta video dan poster.

    Haji Amir Hisham bergambar ramai bersama para pemenang pertandingan pada majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...