Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemulihan inklusif, mapan perlu

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kewangan dan Ekonomi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor-gabenor Bank Pusat (AFMGM) ke-8 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN (AFMM) ke-26 dan Sesi Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor-gabenor Bank Pusat dengan Institusi-institusi Kewangan Antarabangsa (AFMGM-IFIs) telah diadakan secara maya pada 8 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kemen-terian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah (gambar) dan Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Hajah Rokiah binti Haji Badar.

    Pada mesyuarat dengan institusi-institusi kewangan antarabangsa, menteri-menteri kewangan ASEAN dan gabenor-gabenor bank pusat bertukar-tukar pandangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia (WB), Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) mengenai pandangan global dan serantau khususnya peluang-peluang dan risiko serta cadangan dasar untuk memupuk pemulihan yang inklusif, mapan dan berdaya tahan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menekankan perlunya bagi ASEAN untuk meneruskan usaha kolektif memastikan ia kekal sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik.

    Yang Berhormat Dato mengongsi adalah penting bagi penduduk ASEAN dilengkapi dengan kemahiran dan mentaliti yang betul supaya mereka dapat memanfaatkan peluang-peluang yang muncul daripada norma baharu yang akan dapat mengukuhkan lagi pemulihan.

    Beliau juga menyentuh pentingnya pembinaan hijau dan infrastruktur mapan, selain menggalakkan Multilateral Development Banks untuk membantu negara-negara anggota ASEAN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...