Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    KHEDN bertadarus, hulur derma kepada anak yatim

    BELAIT, 10 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), majlis perundingan kampung dan mukim serta jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan Majlis Tadarus Al-Quran bulan Ramadan ke Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait kelmarin.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Ia turut dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku penghulu Mukim Liang dan pemangku penghulu Mukim Kuala Belait; setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN; pemangku pegawai Daerah Belait, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait berserta penduduk kampung sekitarnya.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Akup bin Haji Lamat.

    Ia diteruskan dengan pengisian tadarus Al-Quran, bacaan tahlil dan disudahi dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

    Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan merupakan salah satu usaha kementerian mengeratkan hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk mukim dan kampung di Daerah Belait.

    Ia juga salah satu aktiviti keagamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala pada bulan Ramadan di samping memakmurkan masjid-masjid berkenaan bersama penduduk kampung di keempat-empat daerah.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...