Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    90 peratus penduduk dunia ada imuniti COVID

    GENEVA, 4 DIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 90 peratus penduduk dunia kini memiliki ketahanan terhadap COVID, namun mengingatkan masih ada risiko kemunculan varian baharu yang berbahaya.

    Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kealpaan dalam pemantauan akan membuka ruang untuk varian baharu virus muncul dan mengatasi varian Omicron yang kini menjadi dominan di seluruh dunia.

    “WHO menganggarkan sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk dunia kini memiliki imuniti pada tahap tertentu terhadap virus SARS-CoV-2 berikutan pernah dijangkiti atau sudah menerima vaksin.

    “Kita semakin hampir untuk mengisytiharkan fasa kecemasan pandemik sudah berakhir, namun kita masih belum sampai ke tahap itu.

    “Kealpaan dalam pemantauan, ujian, penjujukan genom dan vaksinasi terus mencipta suasana sesuai untuk varian baharu yang membimbangkan mencatat kemunculan dan berisiko memberi kesan kepada nyawa,” katanya kepada pemberita.

    Tedros berkata lebih 500 subvarian Omicron menular ketika ini, dan lebih mudah bergerak di sebalik imuniti, meskipun kurang berbahaya berbanding varian sebelumnya.

    Menurut Tedros, lebih 8,500 individu maut akibat COVID minggu lalu, yang disifatkan tidak boleh diterima selepas tiga tahun berada dalam fasa pandemik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...