Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pendaftaran Anugerah Perniagaan Shell LiveWIRE dibuka

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Anugerah Perniagaan Shell LiveWIRE Brunei (LWBA) edisi ke-15 yang kini dibukakan untuk pendaftaran adalah salah satu bahagian penting Program Antarabangsa LiveWIRE yang dilaksanakan di serata dunia untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada usahawan muda Brunei yang menjana pelan perniagaan berkualiti tinggi dan perniagaan berjaya.

    Menurut kenyataan Shell LiveWIRE Brunei, hari ini, kategori bagi anugerah tersebut telah diringkaskan kepada hanya dua kategori iaitu Terbuka dan Institusi Tinggi.

    Business Award Focus telah memilih tujuh tema asas dalam pertandingan untuk diselaraskan dengan tumpuan utama pihak yang berkepentingan Shell LiveWIRE Brunei kepada ekonomi terangkum dan kemungkinan nilai-nilai dalam negara iaitu mengekalkan pendigitalan, agriteknologi dan pembuatan pintar serta menambahkan kemapanan alam sekitar, impak sosial, inovasi perniagaan dan edutainment (pendidikan dan seni & budaya).

    Proses LWBA 2022 yang dijadualkan berlangsung selama enam bulan akan merangkumi bootcamp, sesi pembentangan, penyampaian anugerah, rangkaian dan sokongan alumni.

    LWBA merupakan inisiatif Shell LiveWIRE Brunei, yang dibiayai oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dengan matlamat untuk menyokong usaha negara mempelbagaikan ekonomi dengan penglibatan aktif bagi pembangunan pantas perusahaan kecil dan sederhana.

    Pendaftaran anugerah itu dibukakan hingga 30 Jun dengan maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang, livewirebrunei.com/business-awards atau e-mel, enquire@livewirebrunei.com.

    Selain itu, LiveWIRE juga menjangkakan Pertandingan Global Tahunan LiveWIRE, Top Ten Innovators pada Jun nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...