Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pendaftaran peperiksaan LCCI kini dibukakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan membukakan pendaftaran peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)bagi bulan April 2022 bermula 26 Januari hingga 15 Februari ini.

    Sehubungan itu, borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 15 Februari. Keterangan lanjut bolehlah diperolehi di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat pada setiap Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi manakala pada hari Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

    Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630/2380776 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...