Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penduduk Texas terpukau semangat suasana TBC

    HOUSTON – Texas, negeri kedua AS yang mempunyai ramai penduduk, baru-baru ini telah mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang disambut dengan lebih hebat berbanding sebelum ini di tempat-tempat perpustakaan awam hingga ke muzium kanak-kanak, bar tempatan dan restoran Asia di kedua-dua bandar besar dan beberapa buah bandar kecil.

    POST Houston, sebuah pusat hiburan dan hab kebudayaan di bandar terbesar di negeri tersebut, menganjurkan perayaan TBC besar-besaran pada hari Ahad dengan persembahan yang menarik perhatian, pasar-pasar Asia seperti karnival yang menampilkan penjual makanan, permainan, kraf dan aktiviti kebudayaan lain, serta pesta besar pada waktu malam.

    Tarian singa dan naga, diiringi dengan paluan gendang dan gong yang rancak dan berirama yang menyemarakkan lagi suasana perayaan, telah mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada orang ramai dengan lebih 1,000 penonton.

    “Ia sungguh cantik…Semua orang semakin teruja. Anak perempuan saya sangat suka melihatnya,” kata Courtney Brooks, seorang ibu sepenuh masa yang memakai pakaian tradisional Cina yang cantik, kepada Xinhua selepas menonton persembahan itu.

    “Kami tidak pernah melihatnya atau berada di sekelilingnya, jadi ia adalah pengalaman yang hebat untuk kami,” tambahnya.

    Orang ramai melihat persembahan tarian singa untuk perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang di Houston, Texas, Amerika Syarikat. – Xinhua
    Orang ramai terpesona dengan tarian naga sempena Tahun Baharu Cina yang akan datang di Houston, Texas, Amerika Syarikat. – Xinhua

    Di seluruh negeri AS, pelbagai perayaan menyambut Tahun Arnab akan berlangsung selama dua minggu.

    Di Chinatown, Pusat Komuniti Cina Houston menjemput orang ramai untuk menyertai Festival TBC 2023 pada hari Sabtu.

    Acara luar berorientasikan keluarga itu adalah percuma termasuk persembahan kebudayaan yang menarik dan makanan lazat yang diilhamkan oleh tradisi TBC di seluruh Asia.

    Bagi penduduk Dallas dan Fort Worth, Asia Times Square Development, salah satu pasaran Asia terbesar di Texas, bersedia untuk menyemarakkan keseronokan festival dengan hidangan termasuk tarian singa dan naga, demonstrasi sumo, pertandingan cosplay, aktiviti kanak-kanak, tawaran masakan diiringi dengan pertunjukan mercun pada hujung minggu akan datang.

    Pada malam terpilih selama dua minggu, perarakan bot yang membawa tanglung dalam bentuk haiwan sebagai penghormatan kepada tanda zodiak akan diapungkan di sepanjang tempat tarikan terkenal San Antonio, River Walk.

    Di ibu kota Texas, Perpustakaan Awam Austin akan menjalankan stesen aktiviti pendidikan dengan tema budaya China pada hari Sabtu, sempena Tahun Arnab.

    Negeri Lone Star itu “tidak pernah bersungguh-sungguh mengadakan sambutan untuk perayaan Cina selama ini, tidak seperti orang di Pantai Barat. Tetapi syukurlah, zaman mengubahnya,” kata laporan baru-baru ini dari Thrillist, laman web media dalam talian AS yang mengetengahkan makanan, minuman, perjalanan dan hiburan.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Texas telah menyaksikan lebih banyak perayaan di bandar-bandar besar, malah bandar-bandar yang lebih kecil kini mempunyai sekurang-kurangnya beberapa keindahan suasana berwarna”merah dan emas” yang jarang berlaku, jelas laporan itu.

    ”Kami tidak mengadakan aktiviti sebanyak itu sebelumnya di Houston, yang menarik perhatian orang ramai,” kata Brooks. “Ia adalah pertunjukkan budaya yang hebat…Ia merupakan cara yang bagus untuk orang ramai menerimanya, menghormatinya dan juga menikmati suasananya,” tambahnya.

    Memasuki semangat Tahun Baru Cina, wanita itu berkata harapannya untuk Tahun Arnab ialah “kesihatan, kebahagiaan, kemakmuran, keamanan untuk semua orang, dan kesaksamaan untuk semua orang, setiap budaya dan apa yang patut dimiliki oleh semua orang di dunia ini, sama ada di Amerika dan di mana-mana sahaja.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...