Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Peniaga perlu tingkatkan kebersihan jualan

    Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk meningkatkan amal ibadat dan meraihkan kerahmatan bulan suci ini. Dalam masa yang sama, Ramadan juga merupakan ‘lombong emas’ bagi para peniaga makanan khususnya di bazar-bazar Ramadan.

    Seperti diketahui bazar Ramadan me-rupakan destinasi tumpuan untuk membeli pelbagai juadah daripada minuman, lauk-pauk mahupun kuih muih untuk berbuka puasa. Pada kebiasaannya bazar-bazar Ramadan dibuka seawal jam 2 atau 3 petang dan kebanyakannya hidangan yang dijual oleh para peniaga secara lambak dan dipamerkan yang biasanya dibiarkan terdedah bagi memikat pelanggan. Namun cara mempamerkan makanan ini sedikit sebanyak mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya? Tambahan pula, keracunan makan merupakan antara masalah kesihatan yang sering berlaku ketika Ramadan.

    Keracunan makanan ini biasanya di-sebabkan penggunaan bahan mentah yang tercemar dengan kuman, penyediaan makanan tidak bersih, menggunakan peralatan yang kotor dan tidak mengikut kaedah penyimpanan makanan yang selamat. Sebagaimana kunjungan saya ke salah sebuah bazar Ramadan di negara ini mendapati peniaga minuman yang menyimpan ais yang digunakan ditempat yang agak kotor, sedangkan ais yang digunakan bukanlah untuk menyejukkan minuman yang dijual malah salah satu bahan pembuatannya.

    Selain itu juga, sesetengah peniaga masih mengamalkan penggunaan dawai kokot atau lebih dikenali sebagai staples pada pembungkusan makanan. Walhal perkara ini sudah disuarakan pihak relevan untuk mengelakkan penggunaannya. Kita tidak tahu, kemungkinan kecuaian ketika membukanya boleh membuatkan dawai kokot itu terpelanting masuk dalam makanan dan tertelan tanpa sengaja.

    Perkara yang sering berlaku juga juadah yang dibeli tidak boleh dimakan semasa berbuka kerana sudah basi. Namun bagaimana makanan berkenaan boleh basi sedangkan dibeli secara langsung di bazar Ramadan. Justeru, besar kemungkinan jualan itu terlalu awal dibuat kerana memikirkan kecepatan melayan pelanggan dan begitulah sesetengah peniaga hanya memikirkan keuntungan sehingga mengetepikan hajat pelanggan. Malah ada sesetengah peniaga juga sanggup menjual makanan dan minuman berulang kali yang tidak habis terjual kelmarin.

    Pembeli tertipu

    Pada kebiasaannya hidangan yang dijual oleh para peniaga bazar-bazar Ramadan secara lambak dan dipamerkan yang biasanya dibiarkan terdedah bagi memikat pelanggan. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...