Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Penutup tadarus sempena Ramadan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong telah mengadakan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran dan Sungkai Sekampung di balai ibadat berkenaan kelmarin.

    Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam, Haji Isa bin Haji Saban.

    Seramai 120 orang telah menyertai majlis berkenaan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa dan jemaah serta Muslimah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata.

    Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas oleh para peserta disusuli dengan bacaan Doa Khatam dan diserikan lagi dengan Dikir Marhaban.

    Dalam pada itu, majlis itu juga diselajurkan dengan sungkai sekampung yang menjadi tradisi dalam bulan Ramadan.

    Haji Isa semasa menghadiri majlis penutup tadarus di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...