Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Penutupan Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut dilanjutkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan mengenai lanjutan bagi penutupan sementara Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut dan dipusatkan di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup buat sementara waktu mulai dari 1 Mac sehingga 14 Mac.

    Langkah ini adalah untuk membolehkan kakitangan perkhidmatan kesihatan memberikan sokongan perkhidmatan di pusat-pusat kesihatan yang lain bagi menangani penularan jangkitan COVID-19.

    Sementara itu, orang ramai yang telah membuat tempahan vaksinasi di Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut akan diberikan perjanjian baharu di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup.

    Orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa pesanan ringkas dan aplikasi BruHealth mereka mengenai dengan pertukaran tarikh dan waktu bagi perjanjian mereka.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...