Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Farm Fresh sasar hasil RM1 bilion

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Syarikat tenusu Malaysia, Farm Fresh Bhd menyasarkan hasil RM1 bilion dan permodalan pasaran sebanyak RM2.5 bilion selepas penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia berdasarkan harga runcit awal RM1.35 sesaham.

    Hasil untuk syarikat kira-kira RM301.0 juta akan digunakan untuk mewujudkan hab pembuatan baharu, ladang tenusu dan kemudahan pemprosesan bersepadu di Malaysia, pengembangan kemudahan pengeluaran di Australia, pengembangan serantau di luar Malaysia serta sebagai modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.

    Tawaran awam awal, dalam usaha penyenaraian pada 22 Mac nanti, telah memperoleh sokongan daripada 30 pelabur yang terlebih dahulu komited untuk melabur sejumlah tetap wang, menurut Farm Fresh dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran prospektusnya pada Isnin.

    Pelabur tersebut ialah Abrdn, Affin Hwang Asset Management, AIA, Alcea Rosea (Creador), Barings Singapore, Eastsprings Investments, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Fortress Capital Asset Management, Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia).

    Ia menambah, Hong Leong Asset Management, Hong Leong Assurance, JPMorgan Asset Management (Singapore), KAF Investment Funds, Kenanga Investors, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Tabung Haji, Manulife Investment Management serta Maybank Asset Management juga merupakan kalangan pelaburnya.

    Antara pelabur lain termasuk Merit Glory (Ikhlas Capital), New Silk Road Investment, OAKS Emerging Umbrella Fund, Permodalan Nasional Bhd, Principal Asset Management, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), UBS Asset Management (Singapore), UOB Asset Management (Malaysia), Urusharta Jamaah, Value Partners Hong Kong dan Zurich Life Insurance Malaysia.

    Pelabur-pelabur ini akan membeli kira-kira 80 peratus daripada bahagian tawaran institusi di bawah IPO tersebut.

    Modal saham dibesarkannya akan mencecah RM1.86 bilion saham susulan penyenaraian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...