Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Peranan wanita dalam pembangunan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam, kelmarin, memperingati Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan mengadakan acara dalam talian bertajuk Break the Bias.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan Presiden Majlis Belia Brunei, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Dengan teknologi dan inovasi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita yang sedang dilanda pandemik, suruhanjaya tinggi berkenaan menjemput sekumpulan pakar untuk membincangkan tentang pembelajaran dalam talian, kepimpinan, celik digital dan kesihatan mental dari Bangladesh dan Brunei dalam satu platform.

    Antara yang dibincangkan menyentuh tentang inovasi yang boleh berfungsi untuk kesaksamaan jantina, meningkatkan pelaburan dalam sistem sosial jantina yang responsif dan meningkatkan perkhidmatan serta infrastruktur awam yang memenuhi keperluan wanita dengan merangka pengalaman semasa berkembang dalam laluan kerjaya mereka.

    Ahli-ahi panel terdiri daripada Profesor Kishwar Kamal yang merupakan pendidik terkenal dari Bangladesh; bekas Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste, Dayang Norazlianah; Profesor Dr Sharmin Parveen yang merupakan salah seorang saintis data dan ahli pendidikan; Dr Jaya Priah Kasinathan dari SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam; Simone Marietta Shannen Tsen dari Persatuan Muzik Brunei; Profesor Tamanna Rahman dari Jabatan Tarian Universiti Dhaka dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi.

    Majlis diteruskan dengan ucapan penutup Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona yang berkata, kepimpinan wanita yang kuat di Bangladesh oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina dalam tempoh sedekad telah mengubah negara dan ia bergerak ke arah kemajuan. Beliau menegaskan bahawa pendidikan kanak-kanak perempuan adalah kunci kepada pembangunan.

    Puan Yang Terutama Nahida juga menyentuh tentang kesan tersembunyi COVID terhadap kanak-kanak dan wanita.

    Majlis berkenaan dikendalikan oleh Penolong Profesor Komunikasi, Universiti Teknologi Brunei, Dr Malai Zeiti binti Sheikh Abdul Hamid.

    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa, PYT Nahida Rahman Shumona dan ahli-ahli panel semasa hadir pada acara tersebut yang diadakan secara maya. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...