Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perancis seru dapatkan dos penggalak kedua COVID

    PARIS, 2 DIS – Jurucakap kerajaan Perancis Olivier Veran kelmarin menyeru golongan berisiko tinggi mendapatkan satu lagi suntikan penggalak COVID-19 menjelang musim cuti.

    Veran memberitahu stesen radio RMC-BFMTV bahawa hanya 20 peratus daripada golongan berisiko tinggi telah menerima suntikan penggalak kedua susulan gelombang baharu COVID-19 dan wabak selesema kini melanda negara, lapor Xinhua.

    “Jika awda berumur 60 tahun dan ke atas, jika awda menghidap penyakit atau jika anda kontak rapat dengan kumpulan rentan serta warga tua, dapatkan dos penggalak.

    “Ia akan mengehadkan risiko komplikasi dan kemasukan ke hospital,” kata bekas menteri kesihatan itu.

    Setakat ini, terdapat laporan mengenai subvarian yang merebak dengan pantas di Perancis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...