Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perarakan Baitulmaqdis cetus kemarahan

    BAITULMAQDIS, 29 MEI – Ribuan warga Israel hari ini memulakan ‘perarakan bendera’ nasionalis tahunan melalui Baitulmaqdis yang sering mencetuskan kemarahan penduduk Palestin, setahun selepas ketegangan di Bandar Suci meletus menjadi perang.

    Kira-kira 2,000 polis dikerahkan pada acara yang menandakan penawanan timur Baitulmaqdis pada 1967, kawasan menempatkan masjid Al-Aqsa.

    Di seluruh timur Baitulmaqdis, banyak bendera Palestin telah dilontarkan dari bumbung menjelang perarakan ‘Hari Baitulmaqdis’ yang bermula 4 petang di barat Baitulmaqdis, dengan para peserta menuju ke Bandar Lama.

    Awal hari ini, penganut Yahudi mengibarkan bendera melaungkan slogan pro-Israel, kalangan mereka seorang pengawal undang-undang berhaluan kanan, mengunjungi Al-Aqsa, di mana polis Israel berkata beberapa penduduk Palestin melontarkan batu ke arah pada pegawai.

    Pertempuran lain juga tercetus di Pagar Damsyik Bandar Lama di mana puluhan penganut Yahudi menari di hadapan penduduk Palestin, salah seorangnya mengangkat kasut sebagai tanda menghina.

    Polis melaporkan lebih 20 tangkapan dibuat berhubung ‘kelakuan tidak senonoh’. Perdana Menteri Naftali Bennett berkata hari ini perarakan itu mematuhi ‘laluan biasa’ dan menggesa para peserta untuk menunjukkan sikap ‘hormat’.

    Polis berkata kira-kira 2,600 orang telah turun ke kawasan itu – jumlah yang lebih tinggi daripada biasa termasuk para pelancong.

    Beberapa penganut Yahudi telah ‘melanggar peraturan lawatan’ dan beberapa daripadanya telah ditahan, kata polis tanpa memberi butiran lanjut, sebelum lawatan pada hari itu ditamatkan. – AFP

    Penduduk Palestin mengibarkan bendera semasa berarak mengecam ‘perarakan bendera’ tahunan Israel di Baitulmaqdis pada 29 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...