Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perbadanan Labuan giatkan operasi tangkap anjing liar

    LABUAN, 12 OKT – Pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan (LC) telah mempergiatkan usaha menangkap anjing liar yang berkeliaran di jalan-jalan di pusat bandar dan beberapa kawasan kejiranan.

    Operasi itu yang bermula minggu lepas adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa tempatan untuk mengekang kemungkinan penularan jangkitan rabies dan kes gigitan anjing.

    Jabatan Hal Ehwal Korporat LC dalam kenyataan hari ini telah menggesa orang ramai untuk membantu pihak berkuasa menangkap anjing liar itu daripada menentang dan menimbulkan banyak masalah. 

    “Memandangkan kemungkinan wabak rabies, aduan berkaitan anjing liar itu di beberapa kawasan kejiranan telah meningkat, menyebabkan Unit Kesihatan kami meningkatkan usaha menangkap anjing liar itu.

    “Ini adalah berkaitan isu kesihatan dan keselamatan awam, jadi kami amat berharap operasi menangkap anjing liar ini tidak dianggap sebagai kejam tetapi adalah perlu,” menurut kenyataan itu.

    Menurut LC anjing liar yang berkeliaran di jalanan juga terdedah kepada penganiayaan dan keracunan.

    Sebanyak 315 anjing liar telah ditangkap sejak Januari sehingga hari ini, dan telah ditempatkan di tapak pelupusan LC. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...