Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Perintah darurat dilanjutkan

    COLOMBO, 27 JULAI – Dua aktivis yang mengetuai tunjuk perasaan besar-besaran semasa menggulingkan presiden Sri Lanka telah ditangkap hari ini, menurut kenyataan polis, ketika parlimen melanjutkan perintah darurat bagi memulihkan keadaan.

    Gotobaya Rajapaksa terpaksa melarikan diri ketika puluhan ribu pembantah, tercetus akibat krisis ekonomi terburuk di negara itu, menyerbu kediaman rasmi bekas presiden itu di Colombo.

    Dia kemudian terbang ke Singapura dan menyerahkan surat peletakan jawatannya ketika penyandangnya, Ranil Wickremesinghe mengumumkan perintah darurat dan berikrar untuk mengenakan tindakan tegas ke atas ‘pencetus masalah’.

    Polis berkata dalam kenyataan berasingan hari ini bahawa mereka telah menahan aktivis Kusal Sandaruwan dan Werangga Pushpika atas dakwaan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

    Selepas Rajapaksa melarikan diri, Sandaruwan dilihat dalam rakaman yang dimuat naik di media sosial sedang mengira sejumlah besar wang yang ditemui di kediaman presiden.

    Seorang penduduk menolak kenderaannya ke stesen minyak di Colombo. Polis telah menahan dua aktivis yang mengetuai tunjuk perasaan besar-besaran semasa menggulingkan Gotobaya Rajapaksa. – AP

    Polis juga menerbitkan gambar-gambar 14 suspek yang dikehendaki berhubung dengan serangan membakar harta benda ke atas kediaman Wickremesinghe pada hari yang sama pejabat dan kediaman presiden diserbu.

    Penahanan dua aktivis tersebut dibuat sehari selepas pemimpin pelajar, Dhaniz Ali ditangkap apabila dia menaiki penerbangan di lapangan terbang utama negara itu.

    Polis berkata waran telah dikeluarkan bagi penahanannya berkaitan dengan kes mahkamah, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Penggubal undang-undang juga hari ini mengundi untuk memuktamadkan perintah darurat yang diumumkan Wickremesinghe sehingga pertengahan Ogos.

    Perintah darurat itu, yang memberikan kuasa kepada tentera untuk menangkap dan menahan suspek bagi tempoh yang lama, akan dimansuhkan hari ini sekiranya ia tidak disahkan oleh parlimen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...