Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Persediaan sambung semula rentas sempadan

    BANGKOK, 24 FEB – Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sedang mempertimbangkan untuk menyusun dan mengintegrasikan mekanisma dalam usaha untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan yang lancar dan selamat di rantau ini.

    Pengerusi Pasukan Petugas Perjalanan Selamat APEC, Cherdchai Chaivaivid, berkata pembukaan semula rantau ini menjadi keutamaan dan tugas mendesak untuk menyokong pemulihan ekonomi.

    “APEC komited untuk memastikan sempadan di rantau ini dapat dibuka semula dengan adanya mekanisma yang memudahkan pergerakan rakyat dengan selamat.

    “Adalah penting untuk kita menyelaraskan dasar kita. Sekurang-kurangnya pada Mei ini kita dapat melaksanakan beberapa pendekatan yang sesuai, jika tidak ia akan terlambat,” kata Cherdchaidalam dalam satu kenyataan.

    Pada Isnin lalu, pasukan petugas itu sudah menilai beberapa cadangan dan tindakan untuk melengkapkan inisiatif global dalam menangani jurang dan kebimbangan seperti memastikan pembukaan semula sempadan adalah inklusif dan tanpa diskriminasi.

    Cherdchai yang juga selaku pegawai kanan APEC Thailand berkata cadangan itu akan meletakkan asas kukuh kepada APEC dalam aspek daya tahan jangka panjang.

    “Menteri-menteri APEC juga komi-ted untuk meneroka inisiatif khusus, penyelesaian dan amalan terbaik untuk memudahkan perjalanan selamat di rantau ini, merintis jalan untuk rakyat kembali bergerak merentasi sempadan bagi urusan perniagaan, pelancongan serta pendidikan,” katanya. – Bernama  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...