Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Persiapan untuk ulang tahun ke-50 Apollo 16

    HUNTSVILLE, ALA. – Kapsul Apollo 16 kelihatan berdebu sepanjang dekad ini selepas ia membawa tiga angkasawan ke bulan.

    Sarang labah-labah menapak di permukaan kapal angkasa. Kad perniagaan, pensil, wang, sudu dan juga tiub balsam bibir bersepah di lantai bekas penutup yang melindungi antik angkasa lepas di muzium.

    Pandemik COVID-19 membuatkan waktu rehat yang panjang dan tidak seperti kebiasaannya dalam rutin harian untuk membersihkan paparan kapal di Pusat Angkasa dan Roket AS, yang terletak berhampiran Pusat Penerbangan Angkasa Marshall NASA.

    Walau bagaimanapun, pekerja sedang membersihkan kapal angkasa untuk ulang tahun ke-50 penerbangannya sejak April 1972.

    Dengan menggunakan tuala mikrofiber, tiang sambungan, berus, tongkat penangkap habuk dan vakum, kru baru-baru ini membersihkan kapsul seberat 6.5 tan, dengan ketinggian 11 kaki dan mengelap penutup kacanya, yang terletak di bawah roket Saturn V besar yang digantung dari siling.

    Pekerja mengelilingi kapsul Apollo 16 sambil membersihkan peralatannya di Pusat Angkasa dan Roket AS di Huntsville, Ala. – AP

    Ed Stewart menggunakan berus dan vakum untuk membersihkan palka kapal angkasa Apollo 16. – AP
    Pekerja membuka bekas kaca yang mempamerkan kapsul Apollo 16 di AS. – AP

    Mereka mengeluarkan puluhan barang yang orang telah sangkutkan melalui retakan dalam penutup itu.

    Selain daripada mengawasi pembersihan, kurator perunding, Ed Stewart mengajar kakitangan muzium cara menyelenggarakan kapsul, yang dipinjamkan daripada Institusi Smithsonian dan telah dipamerkan di “bandar roket” Huntsville sejak 1970-an.

    Membersihkan habuk dari sisi kapsul sambil memakai pakaian pelindung, Stewart berkata modul arahan itu berada dalam “bentuk yang cukup baik” memandangkan usianya dan berapa lama ia telah dilakukan sejak pembersihan terakhir kira-kira tiga tahun lalu.

    “Saya gembira melihat bahawa tidak ada lapisan debu yang berat. Saya tidak melihat banyak bangkai serangga atau apa-apa seperti itu, jadi saya menganggapnya sebagai petanda yang sangat positif,” katanya.

    Richard Hoover, seorang ahli astrobiologi NASA yang bersara telah berkhidmat sebagai pengajar di muzium itu, teringat satu masa beberapa dekad yang lalu apabila pelawat boleh menyentuh kapal angkasa.

    Malah ada yang mengambil kepingan perisai haba hangus yang melindungi kapal daripada terbakar semasa memasuki semula atmosfera Bumi, katanya.

    “Ini benar-benar satu penghinaan kerana mereka tidak menyedari bahawa ia adalah sekeping sejarah angkasa yang sangat penting,” katanya.

    Prosedur pemuliharaan berubah apabila pemulihara menyedari bahawa sebuah kapal yang dibina untuk menahan kesukaran perjalanan angkasa lepas tidak dapat bertahan dengan baik di bawah sentuhan pelancong yang berterusan, kata Stewart. Itulah sebabnya penutup di sekeliling kapsul dikunci.

    “Menjadikannya dapat bertahan selama 1,000 tahun tidak ada dalam senarai keperluan jurutera untuk membinanya bagi membawa angkasawan ke bulan dan kembali dengan selamat,” katanya.

    Terletak di atas tiang, kapsul itu digelar “Casper” semasa penerbangan dan telah dicondongkan supaya pelawat boleh melihat ke dalam palka terbuka dan melihat kawalan serta tempat duduk berbingkai logam tempat angkasawan Ken Mattingly, John Young dan Charlie Duke mengemudi ke bulan dan kembali ke bumi.

    Duke, yang mendarat atas bulan bersama Young semasa Mattingly mengemudi kapsul itu, dijangka menghadiri perayaan musim bunga ini bagi menandakan ulang tahun ke-50 penerbangan itu berlepas pada 16 April 1972.

    Kapsul tersebut telah dibersihkan dan sebarang bahan yang berpotensi membahayakan kapal telah dialihkan selepas penerbangan, tetapi peringatan mengenai perjalanannya ke bulan kekal di dalam. Sambil bersandar melalui palka untuk memeriksa habuk, Stewart menunjukkan beberapa bintik gelap di atas kepalanya.

    “Itu cap jari dan cap tangan kru angkasawan di sana,” katanya.

    Pekerja bercadang untuk menutup retakan bekas kapsul itu supaya pelawat tidak dapat menyimpan apa-apa di dalamnya, tetapi mereka berhati-hati untuk tidak melakukan terlalu banyak terhadap Apollo 16 itu sendiri.

    Walaupun cukup mudah untuk menggosok kapal angkasa dengan kuat, berbuat demikian akan memusnahkan patina yang menghubungkannya dengan sejarah, kata Stewart.

    “Awda tidak mahu kehilangan apa-apa daripada itu, kerana itu semua adalah sebahagian daripada kisah bagi sesebuah misi.

    Jika awda membersihkannya, ia hilang. Tekstur tambahan sejarah itulah yang akan hilang kepada eter jika awda membuat kesilapan,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...