Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Pertandingan bola sepak sempena ulang tahun ke-66 Radio Brunei

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Bagi membantu merapatkan hubungan antara pegawai dan kakitangan Radio Televisyen Brunei (RTB), sebuah siri pertandingan bola sepak persahabatan telah diadakan di Padang Hoki, Universiti Brunei Darussalam.

    Pertandingan tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-66 Radio Brunei dan telah disertai oleh lapan pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain dari pelbagai jabatan di bawah RTB.

    Antara pasukan yang menyertai ialah OB Digital, Radio A, TV Artist FT, dan Transmitter yang bertanding dalam Kumpulan A; manakala OB HD, Radio B, News FT, dan Attachment bersaing dalam Kumpulan B.

    Pada akhir pertandingan, Transmitter menduduki tempat pertama diikuti TV Artist FT dan Radio B masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Selain itu, Deen dari Transmitter juga menerima dua anugerah sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak, manakala Haziq dari TV Artist FT menerima anugerah penjaga gol terbaik.

    Pemenang bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka. – Gambar serahan OB Digital dan OB HD
    Gambar ramai OB HD dan OB Digital yang menyertai pertandingan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...